WASHINGTON: Perburuan terhadap Danelo Cavalcante, seorang pembunuh yang telah disabitkan kesalahan dan melarikan diri dari penjara di Pennsylvania, kini memasuki hari kesembilan ketika pihak berkuasa terus berusaha mengesannya.
Pegawai penjara Chester County mendedahkan rakaman video awal minggu ini yang menunjukkan Cavalcante melarikan diri dari penjara di Chester County dengan berpaut di celah tembok sempit hanya menggunakan tangan dan kakinya, lapor Agensi Anadolu.
CNN melaporkan bahawa seorang pegawai yang bertugas pada masa kejadian telah dipecat pada Khamis. Dia merupakan seorang veteran penjara selama 18 tahun.
Cavalcante, 34, dianggap sangat berbahaya dan melarikan diri dari Penjara Chester County pada 31 Ogos.
Sementara itu, terdapat banyak laporan mengenai kelibat Cavalcante, dengan lapan atau sembilan laporan yang dipercayai pihak polis.
Cavalcante dihukum penjara dan disabitkan kesalahan membunuh bekas kekasihnya, Deborah Brandao, 33, di Chester County pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Cavalcante dianggap sangat berbahaya dan melarikan diri dari Penjara Chester County pada 31 Ogos.- Gambar hiasan/Unsplash
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Polis Kelantan buka tujuh kertas siasatan berkait salah laku pegawai, anggota polis
Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kertas siasatan itu, antaranya terdiri daripada kes khalwat, banduan lolos, kesilapan kerani bertugas dan rogol.
Polis buru banduan berbahaya lolos penjara AS
WASHINGTON, 9 September (Bernama-Anadolu) - Perburuan terhadap Danelo Cavalcante, seorang pembunuh yang telah disabitkan kesalahan dan melarikan diri dari penjara di Pennsylvania, kini memasuki hari k
Tahanan lolos dari lokap polis Bayan Baru diberkas semula
Suspek berjaya ditahan semula pada jam enam petang semalam di sebuah chalet di sekitar Batu Kurau, Perak.
Polis buru enam banduan lari dari Penjara Jelebu
Tujuh banduan tahanan reman mahkamah dikesan melarikan diri dari Penjara Jelebu, petang tadi.
Banduan lolos ditangkap semula, motosikal terbabas ke dalam tali air
Banduan berkenaan ditahan ketika bersembunyi di sebatang tali air di kampung Terbak, Tumpat.
Banduan lolos di Kluang berjaya diberkas
Seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Tahanan Reintegrasi di Kem PLKN Padang Hijau, Kluang, berjaya ditangkap semula pada Sabtu.
Banduan lolos dari penjara Bali berjaya ditahan semula
Christian Beasley, 32 tahun, berjaya ditangkap semula selepas meloloskan diri dari Penjara Kerobokan di Bali minggu lalu.
Kedutaan Malaysia pantau kes banduan Malaysia bolos penjara
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang memantau perkembangan kes seorang rakyat Malaysia yang bolos dari penjara Kerobokan di Bali dua hari lepas.